Monday, November 1, 2010

PERASAAN YANG BERCAMPUR ADUK....

hari isnin yang mulia, dengan semangat nk habiskan sume keje...tertangguh jugak dek kerana teruja join pelajar form 3 masak memasak kt bilik ert...seronok tgk pelajar2 ni...terutamanya pelajar lelaki. semangat betul. rasanya mungkin di rumah peluang u mereka ke dapur x banyak sangat, so kt sekolah semangat nk dptkan skill tu ada. apatah lagi bila segroup semuanya lelaki..so, diorang xlah  malu sangat....

hasilnya dapat 10 biji kek coklat moist yang dibakar dan dikukus...berbaloi...mujurlah ada pelajar asrama yang setia tunggu untuk kemaskan bilik ert....kalaulah saya yang kena kemas sendiri, mmg tension nk memebersihkan hasil tgn budak2 ni....so, saya dapt kesimpulan kalau kita nak mkn kek coklat tu panas2, kek kukus mmg sedap. tp mcm saya yang sabar, saya mmg suka kek bakar....bila dh disimpan semalaman dlm peti sejuk, rasanya makin mesra...

esok plak turn saya buat hands on kelas memasak.. td saja jer menjenguk Intan dan kak Mahani...esok saya nk ajar pelajar muffin deco...harap2 pelajar bagi komitmen yang baik....disiplin yang penting..bukan apa, bilik masak tu sendat dgn pelajar, tertutup, penuh dgn bau macam2....pelajar pun jd hyper.....tp esok dh plan dh macamana nk control diorang....

tak sabar nk tunggu esok...harap2 pelajar dapat manfaat dr apa yang saya bakal kongsikan...

hari ni sebenarnya penuh dgn kejutan..sampai sekarang saya masih lagi xyakin dgn apa yang dah saya terima...debaran masih lagi berbaki di dada...macam tak percaya...kejutan itu sebenarnya datang dr sudut yang amat positif. tapi hati seakan x percaya. takut dengan cabaran yang bakal ditempuh pada masa depan...penghargaan yang diberikan kepada saya, saya terima dgn berbesar hati...saya anggap ini adalah dorongan untuk saya mencemerlangkan lagi diri saya...awal tahun 2010, saya ke tempat baru dengan azam yang kukuh untuk menapak kukuh di tempat baru...menegenepikan perasaan hampa atas apa yang telah saya usahakan selama ini di tempat lama, membawa luka berparut berdarah di hati yang akan dikenang sampai bila2..

takdir Tuhan masih lagi memberi peluang kepada saya...selepas segala dugaan, saya diberikan kesenangan yang berganda yang tak pernah saya terfikir selama ini. rezeki bukan datang dari segi wang sahaja...kata-kata ini kerap kali dituturkan oleh insan yang pernah menjatuhkan saya...saya pegang kata-kata itu sebagai azimat pembakar semangat...sekarang saya sedar, di sebalik dugaan yang berganda itu, kita menjadi semakin tabah...semakin kenal adat resam dunia...dapat mengenal dari jauh yang mana kawan yang mana musuh...hubungan kekelurgaan kita makin kukuh, persahabatan makin erat, ekonomi yang semakin kukuh...semuanya dtg dari keberkatanNya setelah pelbagai dugaan ditempuh...mmg benar kata-kata yang diluahkan individu itu...
 'rezeki bukan dari bentuk wang ringgit sahaja....'

syukur rezeki saya mendapat suami yang amat memahami...sekilas langkah saya berjalan, dia dh tau apa yang tersirat di hati...keluarga yang sentiasa bagi sokongan dalam apa jua perkara yang saya lakukan....kawan-kawan sejawat yang lebih matang dalam hal dunia kerana mereka semuanya lebih lama dr saya menempuh alam dunia....sekolah yang dekat sangat dengan rumah.....jiran-jiran yang amat memahami dan mesra serta boleh diharapkan dalam apa jua situasi....

maka, saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki...sesungguhnya kerberkatan itu datang dalam pelbagai cara....

Sunday, October 17, 2010

MACAM -MACAM CERITA

lamanya blog ni bersarang tanpa belaian...masa yang suntuk menyebabkan saya jarang menjeguk ke sini..masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk sekolah dan rumahtangga...kalau ada masa untuk buka facebook pun sekadar menjenguk pesanan dan teguran dari rakan-rakan...

penatnya saya bukan kerana apa...minda yang penat mengakibatkan fizikal turut lumpuh. kerana macam- macam hal. kerana kita ini hidup dalam masyarakat dan kelaurga, maka ada kalanya kita turut terlibat dalam masalah golongan-golongan ini. kalau ada saudara bermasalah, kita kena juga menadah telinga menghulur bantuan. kalau terpandang kawan tengah bersedih, kita terpanggil berkongsi bahu untuk mendengar....

hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan yang sebenar. tetapi dengan masalah orang lain disekeliling kita menyebabkan kita juga turut merasa tempiasnya. tapi inilah realiti kehidupan. setiap masalah itu berbeza dan unik. besarnya kuasa Tuhan yang menjadikan masalah itu tak sama. jadi walau macamana pun kita bersedia, kita tetap menerima dugaaan...

bukanlah saya mengatakan bahawa hidup saya tidak bermasalah. saya jua menghadapi dugaan hidup. tapi masalah yang saya luahkan ini adalah masalah yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan. tidak berlaku kepada semua orang. cuma kepada orang yang terpilih sahaja. saya bersyukur kerana dengan sokongan kawan dan keluarga, insan-insan ini bangkit menegakkan hak mereka. saya berdoa semoga segala usaha mereka dipermudahkan...

Sunday, August 1, 2010

GENTING....


     Akhirnya selepas pelajar 4S2 ke Kem Sungai Lopo, Kuala Pangsun, giliran 4A2 pula dibawa ke Genting. Pelajar memanglah rasa seronok, cikgu jer yang kurang stamina nak ke hulu hilir mengejar permainan yang ada. Rasa sangat diri ni mcm orang tua....he3, sebenarnya kurang minat dgn permainan ekstrem. Tu yang jadi slow jer berjalan di belakang pelajar. Syukur kerana semuanya selesai, walaupun ada yang mengguris hati. 

     Pengajaran yang saya dapat dari  program ini ialah, walaupun kita dah berjanji dengan pelajar kita, kalau mereka tak mampu menunjukkan disiplin dan kerjasama yang baik....lupakan saja janji kita. Kerana sia-sia aje berkorban untuk mereka yang tak tahu menghargai jasa......

Antara gambar-gambar kenangan bersama kawan2...guru pengiring ke genting (29/07/2010)

Sunday, July 18, 2010

Cheese Cake

Dah lama rasanya tak masuk ke blog ni. Selama itu jugalah aktiviti masak memasak suram. Hari ni mood kembali. Asalnya suami yang nak sangat bawakan kek untuk kawan-kawan di ofis. Dalam sibuk mencari resepi, (walaupun dah ada best resepi-yang paling saya suka) terjumpalah resepi Cheese Cake ni yang rasanya menarik2 hati u mencuba.....

Apalagi, aktiviti masak memasak pun bermula...bila suami balik dr meeting tadi, terkejut dia, napa mintak kek coklat jadi cheese cake katanya...he he, cheese cake ni untuk tuan rumah, yang nak dibawa ke ofis...on the way, belum masuk2 oven lagi walaupun dh siap bancuh...

So, saya tuliskan resepinya dulu, then step by step nk buat kek ni. Tapi untuk buat kek ni perlukan kesabaran dan skill sebab kek ni menggunakan 'meringue' (putih telur yang dipukul sampai jadi buih, mcm sponge). Kalau tak jadi putih telur, kek pun kurang menjadi...

Tengok gambar kek yang dah siap dulu...kasi feel untuk mencuba....




CHEESE CAKE

BAHAN- BAHAN:
A
200 ml susu segar (saya tukar pakai susu sejat/cair)
70 gm gula
4-5 slice cheese (saya pakai kraft, guna semua 6 keping-RM5.80)
70 gm mentega/marjerin (saya pakai olive oil sbb marjerin habis)
1 camt vanila

B
70 gm tpg gandum

C
4 biji telur - asingkan putih dan kuning telur

CARA- CARA:

1. Panaskan semua bahan A secara double boil sehingga semua sebati. Sejukkan.
2. Pukul kuning telur dgn pemukul tangan dan masukkan dalam adunan 1 (pastikan adunan 1 suam).
3. Masukkan B
















4. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan mixer bersih dan kering serta putih telur   
    tidak tercampur dengan kuning telur. Jika tidak, telur tidak akan naik. Pukul sehingga telur menjadi buih
    dan buih tersebut kekal dan tidak jatuh  bila diterbalikkan bekasnya.
















5. Masukkan putih telur ke dalam adunan yang telah disediakan tadi. pastikan tidak mengacau terlalu lama.































6. Bakar secara water bath. Caranya gunakan loyang yang lebih besar dari loyang kek. Isikan air dalam 
    loyang besar, panaskan oven. Kiranya nanti kek dibakar sambil direndam di dalam air panas.
7. Saya gunakan loyang bulat 9 inci, bakar selama 1 jam 30 minit, suhu maksimum. Lain oven lain suhu dan
    masanya. (saya pakai oven dapur gas)

HASILNYA:






























Harap- harap dengan perkongsian ini, ada yang sudi mencuba....kalau dah cuba, jgn lupa share rasa gembira kat sini....thanks...

Monday, June 14, 2010

Cuti???

Cuti sekolah dahpun seminggu berlalu. Minggu pertama dah diisi dangan balik kampung. Tak puas rasanya kerana sekejap sangat, tambahan pulak  dua rumah kena bergilir...ada jugak masalahnya bila rumah dekat2 ni. Tapi dalam masa yang singkat tu, sempat jugak kami menghadiri perjumpaan semula kawan-kawan sekolah husband sambil makan sate di Sate Mastura Jabi, jalan-jalan di Rantau Panjang dan menghadiri kenduri Nuzie di felda Selasih. Hari Rabu dengan berat hati, bertolaklah kami semula ke Pelangi Semenyih, mengenangkan exam PTK yang harus kuharungi esok...terpaksalah pujuk hati....Khamis, exam diharungi. Harap2 kali yang terakhir ni, dapatlah score....mudah-mudahan...


Sabtu dan Ahad, banyak jemputan kenduri terutamanya dari jiran2. Masa nilah dapat berkumpul semula dengan jiran2 dan dapat kenal ramai lagi jiran2 yang selorong terutamanya....Ahad last day READ MALAYSIA. Dari Sabtu lagi ikut husband keje lepas kenduri, kononnya nk g The Mines untuk explore READ MALAYSIA....tp sibuknya mengalahkan menteri. Sabtu postpone. Ahad pulak katanya....sekali lagi lepas kenduri, ikut lagi p kerja...last2, kul 6 ptg barulah sampai kt The Mines. Ok lah. Rasanya sejam dah cukup. Dah makin berumur rasanya tak larat dah nak jalan jauh2...

Sampai jer kat READ MALAYSIA, hati rasa cuak. Betul ke ni??? Kami masuk dari belakang. Tengok semua buku bahasa cina....Rupanya ada dua bahagian. Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Tak ramai pengunjung hari tu. Mungkin ramai yang balik kampung. Tapi gerai pamerannya x berapa menarik. X banyak sangat pilihan dan x banyak syarikat yang menyertai...Dalam pada x menarik, kami sempat juga beli dua buah buku. Satu novel yang dah lama ku cari2 dan satu lagi buku soal jawab agama pilihan suami. 

Kat sana jugalah dapat berjumpa dan bergambar dengan Professor Dr. Lim Swee Tin. Penulis yang berasal dari Kelantan yang agak saya kagumi penulisannya dari bangku persekolahan lagi. Dalam dok meronda2, kami terjumpa pulak gerai karikatur. Hasilnya, dapatlah bawa pulang satu lagi karikatur untuk digantungkan bersebelahan karikatur yang dh kami buat pada tahun 2008 kat Laman Seni putrajaya. Rasanya ada perbezaan.....lain pelukis, lain pulak hasilnya....dan perbezaan masa jugak membuatkan wajah kami berbeza.

InsyAllah saya akan cuba lengkapkan lagi blog saya dengan gambar2 masakan yang dh saya buat sebelum ini....rasanya masa untuk pindahkan semuanya dari facebook akan mengambil masa. Tapi sekiranya ada masakan terbaru yang saya ingin kongsikan, saya akan terus masukkannya di sini.

Terima kasih kepada kawan dan lawan yang sudi mengikuti blog saya ini ....

Salam sayang,
-Hasni Zurainie-

Friday, May 28, 2010

Choc Cake With Ganache

Dalam sibuk mencuba macam-macam resepi, akhirnya saya terjumpa resepi ala-ala indulgence kat secret resepi. Apalagi, teruslah mencuba. Hasilnya amat memuaskan. Surprise untuk suami, katanya 'bila masa awak ke secret recipe'. He he....syukurlah berhasil juga percubaan saya. Bagi yang ingin mencuba, saya cadangkan gunakan resepi kek coklat yang dah biasa kita buat dan yakin 'kemenjadiannya'. Waktu buat kek ni, saya sedikit terkilan kerana teruja mencuba dengan resepi untuk keknya sekali. Tekstur keknya ala-ala kuih bengkang. Untuk lain kali, saya akan sentiasa 'stick' pada apa yang dah saya biasa buat....takut frust lagi....

Apa yang saya ingin kongsikan adalah cara untuk menghiaskan kek, lapis demi lapis...


Putarkan whipp cream sehingga kembang dan bertanduk.


Masukkan choc ganache yang dh disediakan lebih awal.
Sapukan lapisan demi lapisan. Biasanya saya bahagikan kepada 3 bahagian.


Tutup keseluruhan kek. Gunakan spatula dan 'turn table' untuk memudahkan kita pusingkan kek. Kalau xde 'turn table' gunakan jer besen yang diterbalikkan. Jangan lupa lapik dengan tuala bg mengelakkan kek mengelungsur jatuh.


Setelah diratakan dengan spatula bergerigi.


Pandangan atas.


Curahkan choc ganache
Tutup keseluruhan kek dengan choc ganache.


Keseluruhan kek yang dah ditutup dengan choc ganache


Pandangan atas.


Hasil keseluruhan kek.


Hasil kek yang dipotong. 3 layers.



Teknik yang sama. Cuma saya tak tutup keseluruhan kek. Saya gunakan hiasan bentuk hati. Pengaruh cerita 'my girl'.


Seperti biasa. Harap ada yang dapat idea untuk menghias kek. Jika ada yang dah biasa buat topping hanya dengan choc ganache, harap dapat idea untuk mencuba yang ini pula....

HAPPY BAKING......

Tat Telur

Tat ni memang kesukaan. Sebabnya masa kecik2 dulu, pukul 6 suka tengok cite Cina. Cite tentang polis. Ala-ala gerak khas. Polis dalam cite tu asyik makan tat telur jer. Tak makan nasik pun. Cuak kan. Kita budak-budak. Tapi itulah yang lekat dalam pemikiran. So, bila dah dewasa skit, dh ada rasa boleh agak-agak buat, saya cuba. Alhamdulillah menjadi. So, bila dah jadi, suka rasanya saya nak kongsikan gambar-gambarnya step by step. Sesiapa yang nak resepi bolehlah add saya di fb. Buat masa sekarang, saya dalam proses transferkan semua gambar masak memasak saya dari Fb ke blog. Harap, ada yang bersemangat untuk mencuba selepas melihat gambar-gambar ini....



Inilah doh yang dah siap dimasukkan dalam acuannya. Gunakan garfu untuk lorekkan bahagian dalam supaya doh tidak mengelembung bila dibakar. Jangan dalam sangat, nnt 'filling' bocor terkeluar plak dari kulitnya. Satu adunan saya berjaya dapatkan 23 biji tat. Saiz yang paling besar.


Seterusnya inilah tat yang dah dibakar lebih kurang 10 hingga 15 minit pastrinya. Saya dah isikan 'filling'. Masukkan semula ke dalam oven untuk jangka masa yang sama atau sehingga masak.



panas....panas.... inilah rupanya tat dengan filling yang dah masak sepenuhnya. warna 'filling' sebelum dan selepas masak bertukar menjadi kekuningan seperti warna kuning telur....



Ready untuk disantap....


close up...


Semoga ada yang berminat untuk mencuba.....thanks...

Nukilanku...

Salam....jumpa lagi. Dah dua resepi saya uploadkan. Terima kasih kepada pelajar saya yang bersengkang mata di saat bercuti untuk createkan blog untuk saya. Kredit untuk Azwan. Sehingga mana blog ini kekal wujud, selama itulah saya akan tetap kenangkan jasa kamu.

Kewujudan blog ini memang tepat pada masanya. Rasa teruja lebih dari rasa semangat berjumpa kawan-kawan lama di facebook kerana saya yakin melalui blog ini, akan ada lebih ramai lagi kawan yang akan saya jalinkan persahabatan...

Kepada suami saya Nor Fairu Azwan, terima kasih kerana tidak pernah merungut dengan minat dan hobi saya yang satu. Memasak, memasak dan memasak. Malah sokongan mengeluarkan budget untuk membeli alat2 memasak, menemani ke mana-mana kedai sekalipun....hatta tukang rasa dan tukang komen..thanks a lot...I really owe you so much...

Minat mencuba untuk memasak datang dari latar belakang keluarga yang semuanya pandai memasak. Nenek dan datuk tukang masak kenduri. Ada kedai makan. Mak -mak saudara pun masing-masing ada kepandaian dan juga buka kedai makan. Idola saya adalah abah yang memang kreatif memasak. Sehingakan dia yang banyak memperkenalkan masakan yang lain dari yang lain. Maklumlah dia banyak merantau. Banyak yang saya belajar dari abah. Sekarang, saya yang ambil alih tugas abah. Masak untuk mereka bila balik. Dan juga amik alih tugas datuk dan nenek, masak untuk sepupu-sepupu bila semuanya berkumpul. Harap-harap, melalui masakan, hubungan kekeluargan kami akan tetap utuh. 

Buat kawan-kawan di SMK Bandar Baru Ampang, kalian sentiasa dalam ingatan. Di sanalah minat mula bercambah. Dengan tukang rasa yang memang profesional, antaranya Kak Fid, Nansie, K Ana Ibrahim, Zu, Kak Roziah, Zalina, Basyirah, cikgu Soo, Kak Azizah, Nurul Aini dan ramai lagi tukang rasa yang panjangnya senarai tak tersebut...terima kasih kawan-kawan...

Dengan adanya blog ini, saya akan mulakan perkongsian saya dengan rakan-rakan yang berminat. Saya cumalah insan biasa. Juga seorang pelajar walaupun saya seorang guru... Sekiranya ada juga maklumat yang ingin dikongsi, saya amat alu-alukan. Semoga blog ini akan memberikan manfaat yang baik kepada kita semua.

Wasalam

ya...mcm mana dengan udang celup tepung? dah mencubanya?
hari ini saya akan berkongsi lagi satu resipi membuat Cream Cheese Tart with Blueberry fillings..selamat mencuba!!!




Teknik yang sama mcm tat telur. pre baked dulu. Then, masuk bluebery fillings... baru cover dgn cream cheese.





Dah siap susun dlm pinggan. Ready to eat.




Close up. Saja xnak letak blueberry kt atas sbb nnt kering sangat bila dh dibakar.




Ada jugak blueberry y timbul sbb letak byk skit. sepatutnya tart ni jd surprise sbb dh makan baru rasa fillings. Rasa ok bila dh chill. Tp sy bukan penggemar blueberry, cuma penggemar cheese. lain x xnak letak blueberry lg.

Udang Celup Tepung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Memandangkan ini adalah post pertama saya dalam blog ini, saya memikirkan untuk berkongsi dengan anda semua sejenis hidangan yg mudah untuk disediakan iaitu udang celup tepung..
Begini caranya : 



Pertama, sediakan bahan2 asas utk adunan tpg. Tp udang tu kena buang kulit biar tinggal ekor dn diperap dulu. 





Baloon baloon whisk ni alat kesayangan. Setakat ni dh rosak 3. he he. Bagus untuk bancuh apa2 adunan sbb tepung tak akan berketul.




Panaskan minyak. Hentam pakai periuk paling kecik sbb nk jimat minyak. Lagipun malas nk pakai deep fryer.




                                               Rendam udang.




 Angkat. pastikan tepung melekat pada udang. adunan ni pekat mcm kita bancuh cekodok.





 Humban masuk periuk/kuali.





Hasilnya...