Tuesday, July 26, 2011

bersarangnya blog ku ini

Lamanya tak menjenguk blog. Terlalu sibuk di tahun 2011.Llebih mudah update pada facebook. Dan sebenarnya aktiviti masak memasak dah tak serancak dulu.


Aktiviti di sekolah yang padat menyebabkan kepenatan. Balik jer terus terbungkam. Tahun ni banyak pulak makan nasi bungkus. Alhamdulillah suami amat memahami. Tapi tak seronok la nak masak macam-macam bila dinner beli. Patutnya masak dinner dulu dan masaklah hobi yang macam-macam tu.....mmg tak larat...


Esok last aktiviti yang kena handle for the time being. Majlis persaraan En. Abdul Hamid. Nasib baik jadi ajk kelab keluarga tahun ni. Kalau tahun depan, jenuhnya. Ada 5 guru yang bakal bersara. Memang meriah la....


Hari ni hari yang pack sangat. Kelas 6 masa. lepas tu sambung meeting 2S. Habis meeting kul 3, fly ke The Mines collect hadiah persaraan. Then sambung balik ke sekolah. Meeting pibg mula jam 5 petang sampai 6.30.  Awal skit habis meeting pibg kali ni. Biasanya maghrib kat sekolah.....penatnya.


Esok habislah dulu kerja-kerja berat. dah mula puasa, buat kerja yang ringan la pulak...baru semangat nak buka cerita tentang raya, kuih, biskut, juadah, dan menjahit baju raya....