Sunday, October 17, 2010

MACAM -MACAM CERITA

lamanya blog ni bersarang tanpa belaian...masa yang suntuk menyebabkan saya jarang menjeguk ke sini..masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk sekolah dan rumahtangga...kalau ada masa untuk buka facebook pun sekadar menjenguk pesanan dan teguran dari rakan-rakan...

penatnya saya bukan kerana apa...minda yang penat mengakibatkan fizikal turut lumpuh. kerana macam- macam hal. kerana kita ini hidup dalam masyarakat dan kelaurga, maka ada kalanya kita turut terlibat dalam masalah golongan-golongan ini. kalau ada saudara bermasalah, kita kena juga menadah telinga menghulur bantuan. kalau terpandang kawan tengah bersedih, kita terpanggil berkongsi bahu untuk mendengar....

hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan yang sebenar. tetapi dengan masalah orang lain disekeliling kita menyebabkan kita juga turut merasa tempiasnya. tapi inilah realiti kehidupan. setiap masalah itu berbeza dan unik. besarnya kuasa Tuhan yang menjadikan masalah itu tak sama. jadi walau macamana pun kita bersedia, kita tetap menerima dugaaan...

bukanlah saya mengatakan bahawa hidup saya tidak bermasalah. saya jua menghadapi dugaan hidup. tapi masalah yang saya luahkan ini adalah masalah yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan. tidak berlaku kepada semua orang. cuma kepada orang yang terpilih sahaja. saya bersyukur kerana dengan sokongan kawan dan keluarga, insan-insan ini bangkit menegakkan hak mereka. saya berdoa semoga segala usaha mereka dipermudahkan...

No comments:

Post a Comment