Cuti sekolah dahpun seminggu berlalu. Minggu pertama dah diisi dangan balik kampung. Tak puas rasanya kerana sekejap sangat, tambahan pulak dua rumah kena bergilir...ada jugak masalahnya bila rumah dekat2 ni. Tapi dalam masa yang singkat tu, sempat jugak kami menghadiri perjumpaan semula kawan-kawan sekolah husband sambil makan sate di Sate Mastura Jabi, jalan-jalan di Rantau Panjang dan menghadiri kenduri Nuzie di felda Selasih. Hari Rabu dengan berat hati, bertolaklah kami semula ke Pelangi Semenyih, mengenangkan exam PTK yang harus kuharungi esok...terpaksalah pujuk hati....Khamis, exam diharungi. Harap2 kali yang terakhir ni, dapatlah score....mudah-mudahan...
Sabtu dan Ahad, banyak jemputan kenduri terutamanya dari jiran2. Masa nilah dapat berkumpul semula dengan jiran2 dan dapat kenal ramai lagi jiran2 yang selorong terutamanya....Ahad last day READ MALAYSIA. Dari Sabtu lagi ikut husband keje lepas kenduri, kononnya nk g The Mines untuk explore READ MALAYSIA....tp sibuknya mengalahkan menteri. Sabtu postpone. Ahad pulak katanya....sekali lagi lepas kenduri, ikut lagi p kerja...last2, kul 6 ptg barulah sampai kt The Mines. Ok lah. Rasanya sejam dah cukup. Dah makin berumur rasanya tak larat dah nak jalan jauh2...
Sampai jer kat READ MALAYSIA, hati rasa cuak. Betul ke ni??? Kami masuk dari belakang. Tengok semua buku bahasa cina....Rupanya ada dua bahagian. Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Tak ramai pengunjung hari tu. Mungkin ramai yang balik kampung. Tapi gerai pamerannya x berapa menarik. X banyak sangat pilihan dan x banyak syarikat yang menyertai...Dalam pada x menarik, kami sempat juga beli dua buah buku. Satu novel yang dah lama ku cari2 dan satu lagi buku soal jawab agama pilihan suami.
Kat sana jugalah dapat berjumpa dan bergambar dengan Professor Dr. Lim Swee Tin. Penulis yang berasal dari Kelantan yang agak saya kagumi penulisannya dari bangku persekolahan lagi. Dalam dok meronda2, kami terjumpa pulak gerai karikatur. Hasilnya, dapatlah bawa pulang satu lagi karikatur untuk digantungkan bersebelahan karikatur yang dh kami buat pada tahun 2008 kat Laman Seni putrajaya. Rasanya ada perbezaan.....lain pelukis, lain pulak hasilnya....dan perbezaan masa jugak membuatkan wajah kami berbeza.
InsyAllah saya akan cuba lengkapkan lagi blog saya dengan gambar2 masakan yang dh saya buat sebelum ini....rasanya masa untuk pindahkan semuanya dari facebook akan mengambil masa. Tapi sekiranya ada masakan terbaru yang saya ingin kongsikan, saya akan terus masukkannya di sini.
Terima kasih kepada kawan dan lawan yang sudi mengikuti blog saya ini ....
Salam sayang,
-Hasni Zurainie-
Monday, June 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
