Salam....jumpa lagi. Dah dua resepi saya uploadkan. Terima kasih kepada pelajar saya yang bersengkang mata di saat bercuti untuk createkan blog untuk saya. Kredit untuk Azwan. Sehingga mana blog ini kekal wujud, selama itulah saya akan tetap kenangkan jasa kamu.
Kewujudan blog ini memang tepat pada masanya. Rasa teruja lebih dari rasa semangat berjumpa kawan-kawan lama di facebook kerana saya yakin melalui blog ini, akan ada lebih ramai lagi kawan yang akan saya jalinkan persahabatan...
Kepada suami saya Nor Fairu Azwan, terima kasih kerana tidak pernah merungut dengan minat dan hobi saya yang satu. Memasak, memasak dan memasak. Malah sokongan mengeluarkan budget untuk membeli alat2 memasak, menemani ke mana-mana kedai sekalipun....hatta tukang rasa dan tukang komen..thanks a lot...I really owe you so much...
Minat mencuba untuk memasak datang dari latar belakang keluarga yang semuanya pandai memasak. Nenek dan datuk tukang masak kenduri. Ada kedai makan. Mak -mak saudara pun masing-masing ada kepandaian dan juga buka kedai makan. Idola saya adalah abah yang memang kreatif memasak. Sehingakan dia yang banyak memperkenalkan masakan yang lain dari yang lain. Maklumlah dia banyak merantau. Banyak yang saya belajar dari abah. Sekarang, saya yang ambil alih tugas abah. Masak untuk mereka bila balik. Dan juga amik alih tugas datuk dan nenek, masak untuk sepupu-sepupu bila semuanya berkumpul. Harap-harap, melalui masakan, hubungan kekeluargan kami akan tetap utuh.
Buat kawan-kawan di SMK Bandar Baru Ampang, kalian sentiasa dalam ingatan. Di sanalah minat mula bercambah. Dengan tukang rasa yang memang profesional, antaranya Kak Fid, Nansie, K Ana Ibrahim, Zu, Kak Roziah, Zalina, Basyirah, cikgu Soo, Kak Azizah, Nurul Aini dan ramai lagi tukang rasa yang panjangnya senarai tak tersebut...terima kasih kawan-kawan...
Dengan adanya blog ini, saya akan mulakan perkongsian saya dengan rakan-rakan yang berminat. Saya cumalah insan biasa. Juga seorang pelajar walaupun saya seorang guru... Sekiranya ada juga maklumat yang ingin dikongsi, saya amat alu-alukan. Semoga blog ini akan memberikan manfaat yang baik kepada kita semua.
Wasalam

No comments:
Post a Comment