Akhirnya selepas pelajar 4S2 ke Kem Sungai Lopo, Kuala Pangsun, giliran 4A2 pula dibawa ke Genting. Pelajar memanglah rasa seronok, cikgu jer yang kurang stamina nak ke hulu hilir mengejar permainan yang ada. Rasa sangat diri ni mcm orang tua....he3, sebenarnya kurang minat dgn permainan ekstrem. Tu yang jadi slow jer berjalan di belakang pelajar. Syukur kerana semuanya selesai, walaupun ada yang mengguris hati.
Pengajaran yang saya dapat dari program ini ialah, walaupun kita dah berjanji dengan pelajar kita, kalau mereka tak mampu menunjukkan disiplin dan kerjasama yang baik....lupakan saja janji kita. Kerana sia-sia aje berkorban untuk mereka yang tak tahu menghargai jasa......
Antara gambar-gambar kenangan bersama kawan2...guru pengiring ke genting (29/07/2010)
