Friday, May 28, 2010

Tat Telur

Tat ni memang kesukaan. Sebabnya masa kecik2 dulu, pukul 6 suka tengok cite Cina. Cite tentang polis. Ala-ala gerak khas. Polis dalam cite tu asyik makan tat telur jer. Tak makan nasik pun. Cuak kan. Kita budak-budak. Tapi itulah yang lekat dalam pemikiran. So, bila dah dewasa skit, dh ada rasa boleh agak-agak buat, saya cuba. Alhamdulillah menjadi. So, bila dah jadi, suka rasanya saya nak kongsikan gambar-gambarnya step by step. Sesiapa yang nak resepi bolehlah add saya di fb. Buat masa sekarang, saya dalam proses transferkan semua gambar masak memasak saya dari Fb ke blog. Harap, ada yang bersemangat untuk mencuba selepas melihat gambar-gambar ini....



Inilah doh yang dah siap dimasukkan dalam acuannya. Gunakan garfu untuk lorekkan bahagian dalam supaya doh tidak mengelembung bila dibakar. Jangan dalam sangat, nnt 'filling' bocor terkeluar plak dari kulitnya. Satu adunan saya berjaya dapatkan 23 biji tat. Saiz yang paling besar.


Seterusnya inilah tat yang dah dibakar lebih kurang 10 hingga 15 minit pastrinya. Saya dah isikan 'filling'. Masukkan semula ke dalam oven untuk jangka masa yang sama atau sehingga masak.



panas....panas.... inilah rupanya tat dengan filling yang dah masak sepenuhnya. warna 'filling' sebelum dan selepas masak bertukar menjadi kekuningan seperti warna kuning telur....



Ready untuk disantap....


close up...


Semoga ada yang berminat untuk mencuba.....thanks...

No comments:

Post a Comment