Dalam sibuk mencuba macam-macam resepi, akhirnya saya terjumpa resepi ala-ala indulgence kat secret resepi. Apalagi, teruslah mencuba. Hasilnya amat memuaskan. Surprise untuk suami, katanya 'bila masa awak ke secret recipe'. He he....syukurlah berhasil juga percubaan saya. Bagi yang ingin mencuba, saya cadangkan gunakan resepi kek coklat yang dah biasa kita buat dan yakin 'kemenjadiannya'. Waktu buat kek ni, saya sedikit terkilan kerana teruja mencuba dengan resepi untuk keknya sekali. Tekstur keknya ala-ala kuih bengkang. Untuk lain kali, saya akan sentiasa 'stick' pada apa yang dah saya biasa buat....takut frust lagi....
Apa yang saya ingin kongsikan adalah cara untuk menghiaskan kek, lapis demi lapis...
Putarkan whipp cream sehingga kembang dan bertanduk.
Masukkan choc ganache yang dh disediakan lebih awal.
Sapukan lapisan demi lapisan. Biasanya saya bahagikan kepada 3 bahagian.
Tutup keseluruhan kek. Gunakan spatula dan 'turn table' untuk memudahkan kita pusingkan kek. Kalau xde 'turn table' gunakan jer besen yang diterbalikkan. Jangan lupa lapik dengan tuala bg mengelakkan kek mengelungsur jatuh.
Setelah diratakan dengan spatula bergerigi.
Pandangan atas.
Curahkan choc ganache
Tutup keseluruhan kek dengan choc ganache.
Keseluruhan kek yang dah ditutup dengan choc ganache
Pandangan atas.
Hasil keseluruhan kek.
Hasil kek yang dipotong. 3 layers.
Teknik yang sama. Cuma saya tak tutup keseluruhan kek. Saya gunakan hiasan bentuk hati. Pengaruh cerita 'my girl'.
Seperti biasa. Harap ada yang dapat idea untuk menghias kek. Jika ada yang dah biasa buat topping hanya dengan choc ganache, harap dapat idea untuk mencuba yang ini pula....
HAPPY BAKING......





























