Sunday, July 18, 2010

Cheese Cake

Dah lama rasanya tak masuk ke blog ni. Selama itu jugalah aktiviti masak memasak suram. Hari ni mood kembali. Asalnya suami yang nak sangat bawakan kek untuk kawan-kawan di ofis. Dalam sibuk mencari resepi, (walaupun dah ada best resepi-yang paling saya suka) terjumpalah resepi Cheese Cake ni yang rasanya menarik2 hati u mencuba.....

Apalagi, aktiviti masak memasak pun bermula...bila suami balik dr meeting tadi, terkejut dia, napa mintak kek coklat jadi cheese cake katanya...he he, cheese cake ni untuk tuan rumah, yang nak dibawa ke ofis...on the way, belum masuk2 oven lagi walaupun dh siap bancuh...

So, saya tuliskan resepinya dulu, then step by step nk buat kek ni. Tapi untuk buat kek ni perlukan kesabaran dan skill sebab kek ni menggunakan 'meringue' (putih telur yang dipukul sampai jadi buih, mcm sponge). Kalau tak jadi putih telur, kek pun kurang menjadi...

Tengok gambar kek yang dah siap dulu...kasi feel untuk mencuba....




CHEESE CAKE

BAHAN- BAHAN:
A
200 ml susu segar (saya tukar pakai susu sejat/cair)
70 gm gula
4-5 slice cheese (saya pakai kraft, guna semua 6 keping-RM5.80)
70 gm mentega/marjerin (saya pakai olive oil sbb marjerin habis)
1 camt vanila

B
70 gm tpg gandum

C
4 biji telur - asingkan putih dan kuning telur

CARA- CARA:

1. Panaskan semua bahan A secara double boil sehingga semua sebati. Sejukkan.
2. Pukul kuning telur dgn pemukul tangan dan masukkan dalam adunan 1 (pastikan adunan 1 suam).
3. Masukkan B
















4. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan mixer bersih dan kering serta putih telur   
    tidak tercampur dengan kuning telur. Jika tidak, telur tidak akan naik. Pukul sehingga telur menjadi buih
    dan buih tersebut kekal dan tidak jatuh  bila diterbalikkan bekasnya.
















5. Masukkan putih telur ke dalam adunan yang telah disediakan tadi. pastikan tidak mengacau terlalu lama.































6. Bakar secara water bath. Caranya gunakan loyang yang lebih besar dari loyang kek. Isikan air dalam 
    loyang besar, panaskan oven. Kiranya nanti kek dibakar sambil direndam di dalam air panas.
7. Saya gunakan loyang bulat 9 inci, bakar selama 1 jam 30 minit, suhu maksimum. Lain oven lain suhu dan
    masanya. (saya pakai oven dapur gas)

HASILNYA:






























Harap- harap dengan perkongsian ini, ada yang sudi mencuba....kalau dah cuba, jgn lupa share rasa gembira kat sini....thanks...

No comments:

Post a Comment